Monday, June 23, 2014

Bu-Dang 2

Kesinambungan Bu-Dang..sila baca cerita Bu-Dang terlebih dahulu untuk memahami cerita Bu-Dang 2 di http://karya-aiman.blogspot.com/2014/03/bu-dang.html



Tajuk : Bu-Dang 2    Tagline : Bila Cinta Dan Kuasa Bergabung   Tarikh Cipta : 10.07.2013
Bu-Dang 2 adalah kesinambungan daripada Bu-Dang.Kisah Bu-Dang 2 bermula selepas Hairi dan abangnya bebas dari buruan Ah long. Hairi dan Aiman mendapat tawaran untuk sambung belajar di sebuah Universiti di Kelantan. Manakala Daniel dan Zack kini menjual burger berhampiran dengan rumah Zack.
                Hairi dan Aiman kini belajar di Kelantan dan mereka berdua kini menjadi kawan rapat. Disana Aiman berkawan rapat dengan seorang gadis, Azira tetapi persahabatan mereka tidak disenangi oleh Hairi kerana Hairi tahu yang Aiman sudah punya kekasih iaitu Huda. Persahabatan mereka ini juga tidak disenangi oleh Azwan iaitu bekas kekasih Azira lalu Azwan merancang sesuatu bersama kawan baiknya Amir. Amir sebenarnya bekas pelajar yang dibuang kerana dia sebenar adalah ketua gangster.
                Di Bandar, Zack sebenarnya masih bersedih atas kepergian Hadaina dan asyik termenung mengenangkan kenangan dia bersama dengan Hadaina. Suatu hari datang seseorang yang memperkenalkan diri sebagai abang Hadaina, Amirun memberitahu Zack bahawa dia sekeluarga mahu menuntut bela di atas kematian Hadaina apabila mengetahui hanya Ah Long sahaja yang dikenakan hukuman manakala empat orang konco dibebaskan. Zack bersetuju untuk bersama dengan Amirun tanpa berbincang dengan Daniel atau kawannya yang lain.
                Di Kelantan, Hairi dan Aiman keluar ke pantai bersama Azira dan ketika sedang berbual mesra di tepi pantai datang Azwan dan Amir menegur mereka membuatkan mereka terkejut. Azwan dan Amir memberi amaran kepada Aiman dan Hairi agar tidak mendekati Azira lagi dan jika tidak diendahkan oleh Aiman dan Hairi,mereka berjanji akan melakukan sesuatu yang lebih dasyat lagi.
                Zack berbincang dengan Amirun serta seorang lagi kawan Amirun, Azuan untuk merangka strategi untuk membalas dendam. Mereka mendapat tahu bahawa konco-konco Ah Long kini berada di Kelantan lalu mereka merancang untuk ke Kelantan. Daniel sebenarnya sedar akan perubahan sikap Zack yang banyak berfikir dan tidak menumpukan perhatian pada peniagaan burger mereka lagi. Daniel cuba bertanya kepada Zack tetapi Zack hanya menjawab dengan “Aku sedang merancang sesuatu agar Ina tenang di sana” membuatkan Daniel tertanya-tanya.
                Dua minggu selepas amaran dari Azwan dan Amir, Hairi cuba mengajak Aiman berbincang mengenai kemelut yang dihadapi. Tetapi Aiman menolak kerana menganggap amaran dari Azwan hanya lah main-main.Berlaku perselisihan antara Aiman dan Hairi yang menyebabkan hubungan mereka renggang.
                Aiman dan Azira keluar bersama ke Pantai Irama untuk melepaskan tekanan belajar tapi dalam tanpa di sedari oleh mereka,pengerakan mereka diperhatikan dan diikuti oleh Azwan dan Amir serta konco-konco mereka. Ketika mereka sampai di pantai, mereka di serang oleh Azwan dan Amir serta konco-konco. Azwan menangkap dan membawa pergi Azira manakala Amir dan konco-konconya mula untuk membelasah Aiman.
                Tiba-tiba datang Zack dan Amirun serta Azuan yang sudah memerhati gerak geri konco –konco Amir yang sebenarnya adalah konco-konco Ah Long.Berlaku perang mulut antara mereka yang seterusnya menimbulkan antara mereka. Aiman yang sudah tidak berdaya hanya mampu melihat keadaan itu. Amirun dan Azuan sudah seolah tidak berdaya lagi untuk melawan konco-konco Ah Long lalu melarikan diri. Mereka cuba untuk membelasah Zack namun secara tiba-tiba datang Hairi dengan kuasa Budang menewaskan Amir dan konco-konconya.
                Selepas daripada peristiwa itu, Aiman meminta maaf kepada Hairi kerana tidak mengambil peduli amaran dari Azwan manakala Zack memohon maaf kerana terlalu mengikut perasaan sedihnya. Namun perasaan cinta dan sayang Aiman kepada Azira tetap tidak berubah walaupun kerana Azira dia hampir kehilangan nyawa.


Tuesday, April 22, 2014

Infografik Penubuhan UMNO


Ini adalah karya INFOGRAFIK aku hasil tunjuk ajar Pensyarah aku..En Tarmizi yang juga merangkap PENASIHAT AKADEMIK aku..karya ini adalah untuk kelas KOMPUTER DAN SENI pada masa aku SEM 3 UMK..Walaupun tidak sehebat mane tapi tetap berbangga dengan karya aku..kerana ia adalah karya aku sambil ditunjuk ajar oleh En Tarmizi..Terima kasih kepada En Tarmizi kerana banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat.

Monday, March 24, 2014

Surealisme..Karya Sem 2 UMK


Bagi aku,ini adalah karya terbaik aku di UMK...karya ini dicipta pada sem 2 UMK...hasil pertolongan dan tunjuk ajar lecture aku..En Ezram..Terima kasih juga kepada kawan-kawan di waktu itu yang membantu....Terima Kasih...

Monday, March 10, 2014

Remaja Bermaruah 2004

Ini sajak kedua aku dalam sejarah aku mencipta sajak..sajak ini dicipta untuk dimuatkan didalam MAJALAH DAMAR SMK Padang Midin..ia dicipta pada tahun 2004..dan mengambil ilham dari masalah sosial yang melanda generasi muda seperti SKIN HEAD..PUNK..HIP HOP..GRUNGE..BLACK METAL..BOHSIA dan macam-macam lagi masalah sosial di masa itu. Dan di bawah ini adalah sajak yang aku beri nama REMAJA BERMARUAH...

Remaja Bermaruah

Remaja..
Kau adalah pewaris bangsa
Kaulah juga pengerak kemajuan
Negara dan agama

Tetapi sayang..
Hari ini kau dipengaruhi budaya barat
Mindamu juga turut diracuni

Remaja..
Bangunlah daripada terus tidur lena
Dengan budaya barat
Jika kau terus tidur lena
Tidak mustahil
Budaya dan adat kita akan hilang
Kerana kau tidak mewarisinya

Remaja..
Bukankah kau lupa
Dulu..
Kita pernah dijajah
Kita pernah menjadi hamba
Dibumi sendiri
Tetapi..
Dengan semangat anak watan
Ketika itu
Kita bebas
Kita tidak lagi
Menjadi hamba dibumi sendiri

Remaja..
Bangkitlah sebelum kita dibangkitkan
Oleh penjajah
Marilah kita pertahankan
Budaya dan adat ketimuran kita
Agar ia terus kekal dijiwa kita
Marilah kita berjuang demi
Menyelamatkan maruah
Bangsa, Agama dan Negara

Agar ia terus terpelihara.

Monday, March 3, 2014

Bu-Dang

Tajuk : Bu-Dang    Tagline : Bila Kuasa Di Tangan   Tarikh dicipta : 04.08.2010
Ceritera ini mengisahkan Hairi yang terpaksa meminjam wang daripada Ah Long untuk menebus rumah pusaka keluarganya yang tergadai akibat sikap arwah ayahnya yang suka berhutang semasa hayatnya. Setelah berjaya menebus rumah itu, Hairi yang sebelum ini tinggal bersama kawannya Daniel telah pulang kekampung untuk tinggal dirumah pusaka itu bersama abangnya, Zairil.
                Beberapa bulan selepas itu, konco-konco Ah Long datang kerumah Daniel untuk mencari Hairi untuk mengutip hutang.Daniel yang ketakutan telah melarikan diri kerumah kawannya Zack. Di masa itu,Daniel memberitahu Hairi tentang konflik yg dialaminya melalui telefon.
                Dikampung, Hairi termenung memikirkan hutang Ah Long sambil memancing ikan di sebatang sungai di kampungnya. Semasa pulang setelah mendapat ikan,Hairi ternampak seutas jam yang agak unik. Hairi memakai jam tersebut lalu tanpa disedari dia merasakan ada perubahan pada dirinya. Apabila dia cuba mengangkat kayu pancing, kayu pancing itu tiba-tiba patah dan ini membuktikan bahawa jam unik itu telah mengubah dirinya menjadi kuat dan kebal. Hairi terus pulang untuk memberitahu abangnya tentang penemuan jam unik itu. Abangnya turut merasa agak pelik tentang jam itu.
                Dibandar, Ah Long memarahi konco-konconya kerana gagal mencari Hairi. Ketika itu juga kekasih Hairi, Shaira cuba mencari Hairi kerana Hairi tiba-tiba sahaja tidak dapat dihubungi. Ah Long yang mendapat maklumat mengatakan bahawa Hairi mempunyai kekasih dan telah menculik kekasihnya itu. Hairi balik ke Bandar untuk berjumpa dengan kekasihnya. Mereka kerumah kekasih Hairi. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati rumah kekasihnya berselerak. Hairi bersama Daniel pergi mencari kekasihnya. Ketika sedang mencari, mereka terserempak dengan Ah Long. Hairi mengambil keputusan untuk mengajak rakannya balik kekampung memandangkan keadaan ketika itu tidak selamat.
                Sekembalinya di kampung, alangkah terkejutnya apabila mendapati rumah pusaka hairi berselerak dan abangnya tidak ada di rumah. Tiba-tiba, Hairi mendapat panggilan daripada  Ah Long yang menyatakan mereka telah menculik abang dan kekasihnya. Ah Long menyuruh hairi menjelaskan hutang jika mahu abang dan kekasihnya selamat. Hairi bersetuju dan Ah Long memberi alamat untuk menghantar wang. Hairi merancang untuk menggunakan jam unik yang di temui itu.
                Hairi bersama rakannya pergi menyelamatkan abang dan kekasihnya. Sebelum itu mereka telah membuat laporan polis. Setibanya disana, berlaku pergaduhan antara mereka dengan Ah Long. Dalam pergaduhan itu, Hairi menggunakan jam itu dan Ah Long dapat ditewaskan. Polis pun datang dan abang serta kekasihnya dapat diselamatkan.

                Selepas peristiwa itu, Hairi dan abangnya berjumpa dengan ketua kampung untuk bertanyakan tentang jam yang ditemuinya pada hari itu.Ketua Kampung mengatakan jam itu milik seorang saintis yang telah meninggal dunia. Jam unik ini sebenarnya hadiah daripada Puteri Bunian kepada Saintis itu selepas saintis itu dikatakan tersesat di Alam Bunian.Menurut ketua kampung lagi, Saintis ini seterusnya menamakan jam unik ini sebagai Jam Bu-Dang iaitu gabungan bunian dan badang kerana berasal dari Bunian dan dapat menambahkan kekuatan pemakainya menjadi seorang yang kuat dan kebal seperti cerita dongeng Badang tetapi jam unik tidak boleh dipakai secara berterusan selama 12 jam. Jika dipakai melebihi masa, pemakai akan menjadi gila. Ketua kampung berpesan kepada Hairi supaya menjaga jam ini dengan baik dan tidak menlanggar pantang larang jam ini....tamat...

Cerita kat atas ini adalah untuk Subjek Penulisan Skrip..dan Tajuk Bu-Dang ini adalah hasil Ilham Pensyarah aku ketika itu yang mengajar Subjek ini iaitu En Mat Atar Mat Amin..

Saturday, February 22, 2014

Poster Final Projek Diploma UniSZA

Final Projek Diploma semasa aku di UniSZA..aku buat Virtual Reality untuk Taman Tamadun Islam dan untuk Persembahan Final Projek,aku menghasilkan beberapa Poster..




Tiga Poster di atas aku hasilkan dengan bantuan Penyelia aku PN NORMALA RAHIM dan kawan-kawan aku iaitu SAFWAN...AIN dan FATIN...buat mereka terima kasih sudi membantu...

Sunday, February 16, 2014

Komik Remaja..Semester 2 UniSZA

Aku yang tak pandai melukis mendapat tugasan Menghasilkan KOMIK bagi subjek Asas Seni Reka dan Seni Lukis...maka aku lukis lah dengan apa yang terdaya aku..







Dan hasilnya seperti yang anda lihat diatas..aku puas kerana aku berjaya hasilkannya walaupun aku memang tak pandai melukis...Inilah kenangan SEMESTER 2 UniSZA...Terima kasih buat Pensyarah aku...PN Azilawatie krn menunjuk ajar aku selaku Pensyarah untuk Subjek ini dan Penasihat Akademik aku pada masa itu...

Wednesday, February 5, 2014

Akan Datang 2014 ini.

Menghimpunkan koleksi Sajak..Cerita pendek..dan apa saja karya aku...