Monday, March 3, 2014

Bu-Dang

Tajuk : Bu-Dang    Tagline : Bila Kuasa Di Tangan   Tarikh dicipta : 04.08.2010
Ceritera ini mengisahkan Hairi yang terpaksa meminjam wang daripada Ah Long untuk menebus rumah pusaka keluarganya yang tergadai akibat sikap arwah ayahnya yang suka berhutang semasa hayatnya. Setelah berjaya menebus rumah itu, Hairi yang sebelum ini tinggal bersama kawannya Daniel telah pulang kekampung untuk tinggal dirumah pusaka itu bersama abangnya, Zairil.
                Beberapa bulan selepas itu, konco-konco Ah Long datang kerumah Daniel untuk mencari Hairi untuk mengutip hutang.Daniel yang ketakutan telah melarikan diri kerumah kawannya Zack. Di masa itu,Daniel memberitahu Hairi tentang konflik yg dialaminya melalui telefon.
                Dikampung, Hairi termenung memikirkan hutang Ah Long sambil memancing ikan di sebatang sungai di kampungnya. Semasa pulang setelah mendapat ikan,Hairi ternampak seutas jam yang agak unik. Hairi memakai jam tersebut lalu tanpa disedari dia merasakan ada perubahan pada dirinya. Apabila dia cuba mengangkat kayu pancing, kayu pancing itu tiba-tiba patah dan ini membuktikan bahawa jam unik itu telah mengubah dirinya menjadi kuat dan kebal. Hairi terus pulang untuk memberitahu abangnya tentang penemuan jam unik itu. Abangnya turut merasa agak pelik tentang jam itu.
                Dibandar, Ah Long memarahi konco-konconya kerana gagal mencari Hairi. Ketika itu juga kekasih Hairi, Shaira cuba mencari Hairi kerana Hairi tiba-tiba sahaja tidak dapat dihubungi. Ah Long yang mendapat maklumat mengatakan bahawa Hairi mempunyai kekasih dan telah menculik kekasihnya itu. Hairi balik ke Bandar untuk berjumpa dengan kekasihnya. Mereka kerumah kekasih Hairi. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati rumah kekasihnya berselerak. Hairi bersama Daniel pergi mencari kekasihnya. Ketika sedang mencari, mereka terserempak dengan Ah Long. Hairi mengambil keputusan untuk mengajak rakannya balik kekampung memandangkan keadaan ketika itu tidak selamat.
                Sekembalinya di kampung, alangkah terkejutnya apabila mendapati rumah pusaka hairi berselerak dan abangnya tidak ada di rumah. Tiba-tiba, Hairi mendapat panggilan daripada  Ah Long yang menyatakan mereka telah menculik abang dan kekasihnya. Ah Long menyuruh hairi menjelaskan hutang jika mahu abang dan kekasihnya selamat. Hairi bersetuju dan Ah Long memberi alamat untuk menghantar wang. Hairi merancang untuk menggunakan jam unik yang di temui itu.
                Hairi bersama rakannya pergi menyelamatkan abang dan kekasihnya. Sebelum itu mereka telah membuat laporan polis. Setibanya disana, berlaku pergaduhan antara mereka dengan Ah Long. Dalam pergaduhan itu, Hairi menggunakan jam itu dan Ah Long dapat ditewaskan. Polis pun datang dan abang serta kekasihnya dapat diselamatkan.

                Selepas peristiwa itu, Hairi dan abangnya berjumpa dengan ketua kampung untuk bertanyakan tentang jam yang ditemuinya pada hari itu.Ketua Kampung mengatakan jam itu milik seorang saintis yang telah meninggal dunia. Jam unik ini sebenarnya hadiah daripada Puteri Bunian kepada Saintis itu selepas saintis itu dikatakan tersesat di Alam Bunian.Menurut ketua kampung lagi, Saintis ini seterusnya menamakan jam unik ini sebagai Jam Bu-Dang iaitu gabungan bunian dan badang kerana berasal dari Bunian dan dapat menambahkan kekuatan pemakainya menjadi seorang yang kuat dan kebal seperti cerita dongeng Badang tetapi jam unik tidak boleh dipakai secara berterusan selama 12 jam. Jika dipakai melebihi masa, pemakai akan menjadi gila. Ketua kampung berpesan kepada Hairi supaya menjaga jam ini dengan baik dan tidak menlanggar pantang larang jam ini....tamat...

Cerita kat atas ini adalah untuk Subjek Penulisan Skrip..dan Tajuk Bu-Dang ini adalah hasil Ilham Pensyarah aku ketika itu yang mengajar Subjek ini iaitu En Mat Atar Mat Amin..

No comments:

Post a Comment